Saturday, April 10, 2010

HAJI 8: PERJALANAN KE ARAFAH DAN MINA

Tanggal 8 Zulhijjah aku dan jemaah hajibersiap-siap untuk ke Arfarah. Esok merupakan hari wuquf.  Selepas solat asar, kami menaiki bas yang telah ditetapkan untuk ke Padang Arafah. Satu perkara yang paling aku tidak suka ialah pemandu bas selalu membunyikan hon. Sikit-sikit bunyi hon, sikit-sikit bunyi hon. Kalau di Malaysia, dah lama kena maki dengan aku. Aku melatih diri ku untuk bersabar. Satu lagi tabiat pemandu-pemandu di sini ialah memandu gila babi. Peraturan tolak ketepi. Kadang-kadang kecut perut kita. Bayangkan lah, bas dengan bas berlumba-lumba di jalan raya. Siapa terror, dialah yang dapat menguasai jalan raya. Kenderaan di Madinah @ Mekah semuanya jenis mewah. Kalau pakai Wira ke, Waja ke, itu kenderaan jenis orang sana tak pandang. Kebanyakan kenderaan di sini berjenama Chevrolet. Waktu mula sampai di Madinah, aku teruji melihat kenderaan di sini. Mewah-mewah. Pemandangan biasa ialah banyak kenderaan yang kemek-kemek. Mungkin di sini tak ada bengkel ketuk kenderaan yang kemek. Mungkin kenderaan di sini jenis pakai buang. Sepanjang penjalanan aku selama 40 hari di sini, aku tidak pernah jumpa bengkel baiki kenderaan. Aku dengar, kalau kapal terbang rosak, beli kapal terbang baru.  Itu sebab kalau kita naik Saudi Air tunaikan haji, tak pernah jadual penerbangan tertangguh. Kalu guna MAS, kapal terbang ada masalah, jadul penerbangan akan tertangguh.  Masa aku nak balik, ada jemmah yang gunakan MAS tertangguh jadual penerbang 2, 3 hari.

Sebelum memulakan perjalanan ke Arafah, aku berihram dan melaksanakan amalan-amalan sunat berihram. Aku berniat ihram haji selepas menunaikan sembahyang sunat ihram yang dilakukan sebelum menunaikan solat Asar. Ini merupakan rukun haji pertama. Jarak antara Arafah dengan tempat aku menginap kira-kira 22 kilometer, Aku sampai di Padang Arafah pada waktu Maghrib. Aku hanya membawa satu beg beroda yang dihadiahkan oleh TH dengan membawa beberapa helai pakaian dan satu persalinan kain ihram lagi. Semua barang-barang ku dan keluarga aku bawa menggunakan kerusi roda ibuku. Ini kerana ibu tidak mahu menggunakan kerusi roda. Katanya dia berupaya berjalan. Lagi pun agak sukar menyorong kerusi roda kerana kawasan berpasir. Di sini aku tinggal di dalam khemah yang memuatkan hampir 20 orang. Khemahnya agak usang yang diperbuat daripada kain-kain biasa. Begitu juga dengan alas tempat kita duduk. Bila tidur di khemah, kawasan kita baring, hanya muat-muat badan kita aje. Kadang-kadang nak pusingkan badan tak boleh. Kita baring macam mayat, tak ubah-ubah badan. Bilik air/tandas agak terhad. Untuk beberapa khemah berkongsi lebih kurang 20 tandas. Penggunaan tandas di arafah kurang berebut. Aku lihat untuk kita mandi menunaikan hajat, tiada masalah berebut. Aku rasa, di padang Arafah adalah tempat yang paling aman bagi ku. Kawasannya luas, jauh daripada bukit-bukit. Terdapat banyak pokok-pokok yang ditanam di sini. Sementara menunggu waktu Wuquf, kami mengisinya dengan membuat amalan-amalan sunat Untuk solat waktu juga, kami menguruskannya sendiri. Ada khemah yang dijadikan surau tetapi tidak dapat menampung jemaah. Kami bersembahyang jemaah di khemah masing-masing.


Sebelum ke Arafah, aku dan keluarga pernah menyewa sebuah van serta pemandu pelancong (orang Indonesia yang menetap di Mekah) untuk melihat Padang Arafah, Mina, dan Tempat melontar. Aku pergi supaya dapat melihat keadaan tempat tersebut semasa belum jemaah haji berhimpun di sana. Aku dapati, kawasannya sangat luas. Semasa wukuf di Arafah ianya mengingatkan kita ketika di padang mahsyar nanti. Ketika seluruh manusia sejak zaman Nabi Adam sampai akhir zaman dikumpulkan sebelum diputuskan kemana ia akan melangkah, apakah surga atau neraka. Semua manusia berpakaian yang sama dan berpanas terik dibawah matahari sambil mengingat-ingat setiap perbuatan baik dan buruk yang pernah dilakukan semasa hidupnya. Satu tempat terkenal di padang Arafah ialah Jabal Rahmah.  Jika aku tidak pergi membuat lawatan di sini, aku rasa aku tidak merasa mendaki Bukit Rahmah ini.

Di bukit ini merupakan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah dicampakkan ke Bumi. Aku juga membawa hajat kakakku supaya berdoa agar dikurniakan anak di atas bukit ini. Aku berdoa di sini dan setakat ini doaku belum dimakbulkan Allah. Di bukit ini aku perlu berhati-hati mendaki kerana takut jatuh/tercedera. Ini kerana ibadah haji belum ditunaikan lagi. Di sini ramai orang yang berniaga dengan mengambil gambar kita. Aku ditawarkan untuk diambil gambar tetapi aku menolak tawaran tersebut. Bukan apa, kadang-kadang gambar yang diambil tidak memuaskan hati kita, Inipun dikri sebagai tukang gambar haram kerana jika ada penguatkuasa / polis mereka akan lari lintang putang bersama-sama unta yang dibawa.

Pada pagi 9 Zulhijjah, aku berjalan-jalan diluar kawasan khemah untuk menghirup udara segar waktu pagi.  Sepanjang aku berjalan, aku dapat melihat khemah-khemah dari negara-negara lain.  Seronok bila berjumpa dengan jemaah dari negara lain kerana ikatan persaudaraan Islam terasa di hati.


Sebelum waktu zohor masuk, aku bersiap sedia dengan wuduk untuk bersembahyang zohor di surau yang disediakan. Masuk sahaja waktu Zohor, berkumandanglah azan dari beberapa khemah negara berhampiran dan surau di khemahku. Ini bermakna, aku kini sedang menunaikan rukun haji yang ke 2 iaitu berwuquf. Sesiapa yang tidak wuquf di Arafah, maka hajinya tidak sah. Ibadat wuquf membezakan ibadat haji dan umrah. Dalam mengerjakan umrah, tiada wuquf di Arafah. Selesai mendirikan solat Zohor, khutubah Arafah dibacakan di mana isinya banyak menyentuh tentang muhasabah diri, menunaikan perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Ketika mendengar khutubah Arafah aku teringat peristiwa Rasulullah SAW menyampaikan khutbah ketika wukuf di Arafah lalu turunlah ayat terakhir dari Al-Quran surat Al-Maidah ayat 3. Haji di tahun itu disebut dengan haji wada' (haji perpisahan). Aku cuba menggambarkan suasana ketika ini dengan ketika Rasulullah menyampaikan khutbahnya. Di Arafah, kita disunatkan memperbanyakkan ibadat seperti sembahyang, berzikir, berdoa, bertasbih dan bertahlil. Sewaktu wukuf di Arafah perasaanku terasa sayu dan syahdu. Sebenarnya aku tidak dapat menulis untuk menerangkan bagaimana tenangnya perasaan ku sewaktu wukuf di Arafah. Hanya orang yang mengalaminya dapat merasainya. Ibuku telah mematahkan anak tunas pokok di Arafah secara tidak sengaja. Anak tunas tu terkena telekong ibu menyebabkan ia patah. Ibu dikenakan dam.

Selepas Isya, malam 10 Zulhijjah, kami bertolak ke Muzdalifah untuk melakukan wajib haji kedua. Perjalanan ke Muzdalifah lancar. Aku dan jemaah lain tiba agak awal. Jaraknya 6 km dari Arafah. Aku lihat ramai jemaah haji dari negara lain pergi ke Muzdalifah hanya berjalan kaki sahaja dengan membawa pelbagai barang. Oleh sebab aku tiba awal, aku perlu menunggu sehingga separuh malam (melebihi pukul 12.00 tengah malam) sebelum ke Mina. Sementara menunggu waktu separuh malam, aku dan keluarga mencari anak-anak batu untuk digunakan bagi ibadah melontar di jamrah. Cuaca di Muzdalifah sangat sejuk. Terasa sampai ke tulang. Aku bimbingkan kesihatan ibuku kerana kami menunggu sehingga separuh malam di kawasan lapang. Tiada bumbung. Mencari anak-anak batu adalah perbuatan sunat di sini. Mengikut cerita yang aku dengar, burung Ababil menggunakan batu di Muzdalifah untk menyerang tentera gajah yang hendak memusnahkan kaabah. Aku tidak pasti sama ada cerita ini benar atau sebaliknya. Oleh sebab semasa tiba di Muzdalifah, telah ramai jemaah haji yang tiba, kumpulan aku agak sukar untuk masuk ke kawasan yang disediakan sedangkan di tengah-tengah kawasan lapang itu kurang sesak. Jemaah haji ramai yang duduk di pintu masuk untuk hendak segera ke Mina. Seorang petugas TH memberitahu bahawa bas yanbg akan membawa kami ke Mina nanti akan menunggu di pintu lain bukan di pintu masuk. Aku rasa marah dengan perbuatan petugas TH ini kerana bagi aku dia telah berbohong. Memang pantang aku orang bercakap bohong. Di pintu masuk, jelas ada tertulis kenyataan yang  menunjukkan kami akan menaiki bas di tempat kami turun tadi.  Walaupun tujuannya supaya jemaah haji berada jauh dari pintu masuk, mintalah kerjasama jemaah haji dengan baik . bukan dengan berbohong. Memang benar, selepas separuh malam, kami menaiki bas melalui pintu masuk. Di Muzdalifah terdapat kemudahan tandas sahaja.